Powered By Blogger

Friday 23 May 2014



TIGA SEKELUARGA MAUT DI KILOMITER 10.6 JALAN TANAH MERAH-PASIR
PUTEH, KELANTAN
MACHANG  28 FEB - Tiga sekeluarga maut manakala seorang lagi parah apabila kereta yang mereka naiki bertembung sebuah lori di Kilometer 10.6 Jalan Tanah Merah-Pasir Puteh dihadapan Balai Polis Banggol Judah pada hari Jumaat.
   Kejadian ini terjadi kira-kira jam 4.30 petang.  Kereta Produa Viva  yang  di pandu oleh Mat Rusuf Mahmood, 54 yang dinaiki oleh isterinya serta dua orang  cucunya dari arah Pasir Puteh menuju ke Tanah Merah dan telah bertembung sebuah lori 10 tan yang berisi muatan ikan dari arah yang bertentangan.

   Ketua Polis Daerah Machang DSP Che Malek Bedot berkata kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa iaitu Mat Rusuf Mahmood, 54 tahun   isterinya, Zuraidah Mohd Ghazali, 42 tahun, dan cucu mereka iaitu  Ellyina Balqis Mohd Azlani, 3 tahun, meninggal di tempat kejadian.  Seorang lagi cucu mangsa iaitu Muhammad Eddy Firdaus Mohd Azlani, 6 tahun, cedera parah manakala seorang lelaki  pemandu lori 10 tan yang berusia 48 tahun tidak mengalami  kecederaan.

   " Menurut siasatan awal didapati bahawa kemalangan tersebut  berlaku apabila lori 10 tan yang membawa muatan ikan dari arah Tanah Merah dipercayai  telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kereta Perodua Viva tersebut yang datang dari arah Pasir Puteh," kata Ketua Polis Daerah Machang DSP Che Malek Bedot ketika ditemui sedang media kelmarin dekat sini.

No comments:

Post a Comment