Friday 23 May 2014

SEJARAH BATU LUANG


          Peristiwa sedih ini berlaku pada zaman dahulu. Terdapat sepasang pengantin yang baru sahaja melansungkan perkahwinan. Majlis itu berlansung di rumah pengantin perempuan. Setelah beberapa hari di rumah pengantin perempuan maka tiba masanya untuk mereka pulang ke rumah pengantin lelaki (maya wagu) dalam bahasa Dusun Tatana. Mereka diiringi oleh keluarga masing-masing untuk pergi ke rumah pengantin lelaki. Maka  kedua-dua pengantin tersebut pun berangkat di suatu pagi yang indah.
          Setelah beberapa lama perjalanan, mereka semakin menghampiri rumah pengantin lelaki iaitu  berhampiran dengan batu luang. Secara tiba-tiba angin bertiup sangat kencang, awan menjadi gelap dan diikuti dengan hujan yang sangat lebat. Apabila menyedari keadaan tersebut mereka pun mencari tempat berlindung. Mereka ternampak sebuah gua dan berteduh di dalam gua tersebut yang dikenali sebagai Gua Batu Luang.
          Setelah hujan reda kesemua mereka keluar dari gua tersebut namun pengantin perempuan tidak dapat keluar dari gua tersebut. Pengantin perempuan mencuba untuk menghulurkan tangan agar dapat ditarik dan cuba diselamatkan oleh suaminya. Secara tiba-tiba tanah di dalam gua tersebut runtuh. Si suami mencuba untuk menyelamatkan isterinya sedaya upaya akan tetapi isterinya hanya sempat menghulurlan cincin perkahwinan mereka.
          Dengan perasaan sedih dan kecewa si suami meratapi pemergian isterinya dengan cara yang menyayat hati. Dan yang tinggal hanyalah cincin perkahwinan mereka.     


No comments:

Post a Comment