Friday 23 May 2014

BIOGRAFI DATO’ DR. OTHMAN MOHD YATIM




            Dr. Osman Yatim dilahirkan pada 6 Disember 1949 di Kampung Teluk, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Beliau mulai meminati puisi sejak ketika di bangku sekolah lagi. Beliau mula menulis puisi ketika menuntut di unuversiti Malaya. Kebanyakkan karyanya berilhamkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di persekitarannya, terutamanya yang menyentuh hati kecilnya. Puisinya “Suatu Petang di Daerah Ini merupakan puisi yang pertama tersiar Berita Minggu, keluaran 13 Julai 1986.
          Puisi-puisi yang lain pernah tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Utusan Zaman, Mastika dan Al-Islam. Beberapa puisinya dipilih untuk antologi Puisirama Merdeka (PENA, 1986), Koleksi Puisi Penyair Muda Malaysia 1987 dan Antologi Puisi Islam (MUIS, 1988).

          Beliau pernah berkhidmat dengan Muzium Negara sehingga Julai 1993. Semasa di Muzium Negara beliau telah menghasilkan lebih sepuluh buah buku pengetahuan, antaranya ialah Batu Aceh : Early Islamic Gravestones in Penisula Malaysia (1988), Warisan Keseniaan dalam Tamadun Islam (1989) dan Epikgrafi Islam Terawal di Nusantara (1994). Kegiatan berorganisasi beliau pernah menjawat jawatan Ketua Dua, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) Bagi sesi 1987/1988. Kemudian beliau berkhidmat sebagai Prof. Madya di Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Pada tahun 1989 beliau mendapat Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP). Pada tahun 1990 beliau mendapat Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Darjah Ahli Mangku Negara (AMN). Pada tahun 2007 beliau dianugerahkan Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP). Kini beliau berkhidmat sebagai ketua bahagian Sosio-Budaya Melayu di Akedemi Pengajian Melayu di Universiti Malaya.

No comments:

Post a Comment