Powered By Blogger

Sunday 1 June 2014

10 Jenis Tarian Tradisi Suku Kaum Negeri Sabah

1.Tarian Adai-adai
          Adai-adai ialah tarian suku kam Brunei di Sabah. Tarian ini tercipta ketika para nelayan yang sedan berdayung pulang dari menangkap ikan pada waktu malam agar rasa mengantuk para nelayan akan hilang. Selain itu, tarian ini  menggambarkan  pada kehidupan kaum nelayan yang mana merupakan kehidupan tradisi masyarakat Brunei. Dalam tarian ini, ia mengisahkan cerita kumpulan nelayan pergi menangkap ikan di laut manakala kaum wanita menunggu kepulangan mereka di kawasan pantai untuk membantu hasil tangkapan yang akan diperolehi.
Tarian Adai-Adai ini pada asalnya merupakan sebuah lagu yang berbentuk pantun dan dinyayikan beramai-ramai .Kewujudan tarian-tarian ini dicipta melalui adaptasi lagu-lagu Brunei Asli yang disesuaikan dengan irama dan suasana lagu itu dinanyikan seperti Lagu 'Adai-Adai'. Lagu ini lazimnya dinanyikan oleh kaum nelayan ketika hendak pergi atau pulang dari menangkap ikan. Daripada kisah tersebut diciptalah tarian yang menggambarkan keriangan, kepenatan dan pekerjaan yang dilakukan iaitu menangkap ikan.

 2. Tarian Daling-daling
Mengikut sejarahnya, tarian Daling Daling sebenarnya berasal dari Sepanyol.  Ia dipercayai diperkenalkan oleh tentera Sepanyol kepada penduduk Filipina.  Akibat pengaruh yang dibawakan tentera Sepanyol, kini tarian Daling Daling menjadi tarian bagi kaum Sulu yang tinggal di Tawau.
Alat muzik yang digunakan ialah 'gabbang' dan dua bilah kayu yang disebut 'bolak-bolak'.  Daling Daling ditarikan secara berpasangan, masing-masing tiga penari lelaki dan wanita.  Ia dipersembahkan di majlis pertunangan, perkahwinan, berkhatan, berkhatam Quran atau majlis Hari Raya.  Penari wanita memakai 'destar' yang disebut 'pies'.
Manakala, jari mereka pula dihias dengan kuku palsu yang diperbuat daripada logam perak atau suasa, kuku itu dinamakan 'janggal'.  
Selain terkenal di kalangan suku kaum Sulu, tarian Daling Daling juga adalah tarian tradisional yang cukup terkenal bagi suku kaum Bajau. 
Tarian Daling Daling biasanya dipersembahkan dengan iringan pukulan 'gabbang' dan gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di sepuluh jari penari wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakan kaki penarinya memperlihatkan keunikan tarian ini.
Ada sesetengah yang berpendapat bahawa tarian ini adalah tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna, sebaliknya ia dibawa oleh orang-orang Sulu dari kepulauan Mindanao selepas mendapat pengaruh tentera Sepanyol.Pertumbuhan dan percampuran antara masyarakat Bajau dan Sulu mengakibatkan begitu kuatnya pengaruh tarian ini.Sementara itu, dipercayai juga perkataan Daling Daling adalah berasal daripada perkataan Inggeris 'darling' yang bererti kekasih.  Tarian ini adalah tarian hiburan yang unik di majlis khusus dan istimewa di mana penari lelaki dan perempuan akan berbalas pantun sambil menari.Dan etnik ini turut terkenal dengan tarian daling-daling bermaksud sayang yang turut dikenali sebagai satu tarian usik mengusik di antara teruna dan gadis. Pakaian tradisi etnik ini agak unik dan mempunyai reka bentuk tersendiri. Terdapat pelbagai jenis pakaian tradisi etnik ini antaranya seperti bajju samda, bajju sablai, bajju siggpit, bajju kammisun dan sebagainya.Sementara seluar kuput, hanya dipakai oleh keturunan Sultan atau Panglima sahaja. Ukurannya agak sempit di bahagian betis dan berwarna putih atau kuning keemasan. Kain merah pula digunakan sebagai tali pinggang yang dinamakan kandit. Warna hijau juga kadangkala menjadi pilihan. Mereka juga memakai tanjak yang dikenali sebagai pis. Tingkat tanjak ini biasanya mengikut keturunan dan kedudukan seseorang itu.Bagi kaum wanita pula mereka menggunakan pakaian berbeza sama ada untuk bersiar-siar atau menghadiri sesuatu pesta atau majlis keramaian. Untuk bersiar-siar atau di rumah, mereka mengenakan baju yang terdiri daripada kamissun, samda, dan sablai. Semasa menghadiri pesta atau majlis rasmi wanita etnik ini memakai baju sigpit atau baju ala kebaya asli dengan kain batik lepas. Di bahagian kepala mereka biasanya mengenakan atau meletakkan mahakutta. Mereka juga mengenakan sanggul yang dihiasi dengan sisir bersalut emas yang dinamakan sudlai bulawan. Wanita Suluk keturunan bangsawan pula selalunya mempunyai mahakutta yang bertatahkan berlian atau mutiara asli. Bagi seorang gadis atau penari mangiluk atau daling-daling atau seorang pengantin selalu memakai kuku palsu yang panjang berwarna keemasan yang dinamakan janggai.

3. Tarian Limbai
          Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.


4. Tarian Sumazau
          Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut pesta Kaamatan (hari keramaian) dan semasa majlis jamuan.

5. Tarian Lansaran
Suku kaum Murut merupakan suku kaum bumiputera yang kecil bilangannya di Sabah. Kaum ini tinggal di kawasan pedalaman iaitu di Keningau, Nabawan, Sepulot dan Tenom. Perkataan lansaran berasal daripada perkataan lumasar yang bermaksud melambung atau berayun-ayun. Hal ini sesuai dengan situasi tarian itu yang ditarikan di satu tempat khas dengan berayun-ayun dan melambung-lambungkan diri. Pada masa dahulu tarian ini berkait rapat dengan pemujaan roh atau semangat tengkorak, khususnya pemujaan semangat kepala manusia yang diperoleh semasa ngayau. Kini tarian ini ditarikan sebagai bersuaka ria sempena keramaian seperti perkahwinan dan perpindahan ke rumah panjang yang baharu.          

6. Tarian Mongunatip
 Tarian Magunatip adalah sejenis tarian tradisi masyarakat beberapa suku kaum Murut di pedalaman Sabah. Perkataan Magunatip diambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan. Keunikan tarian magunatip ini bukan saja bagaimana cara ia di tarikan namun kekuatan dan ketangkasaan perlu ada di samping pakaian tarian ini mengambarkan pahlawan murut satu ketika dulu.  Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yand diadakan.

7. Tarian Sumayau
Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan sebagainya.
Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari keturunan Monolian. Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga lima hari lima malam.Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian besar) untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu, Di samping itu upacara sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu seperti kenduri arwah yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam. Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mulalah menari dan terus menuju ke ruang atau gelanggang tari. Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki adalah perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsut-insut yang amat perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan atau rangsangan daripada para penonton.


8. Tarian Sazau Papar
Sazau Papar merupakan tarian bagi suku kaum Kadazan Dusun yang menetap di Daerah Papar. Pada peringkat awalnya, fungsi tarian ini adalah sebagai upacara "Madsuwau" iaitu bertujuan untuk pemujaan terhadap "Dapu" atau tajau yang dipercayai mempunyai semangat yang harus dipelihara, disembah atau diberikan makan supaya semangat berkenaan tidak akan mengganggu dan marah terhadap orang yang menyimpannya. Kelalaian si pemilik Dapu untuk melaksanakan upacara ini akan mengakibatkan si pemilik jatuh sakit dan hanya boleh disembuhkan dengan mengadakan upacara Madsuwau.

9. Tarian Mongigol 
Mongigol merupakan tarian suku kaum KadazanDusun. Tarian Mongigol dipersembahkan sekaligus semasa perayaan dan upacara semangat. Tarian ini ditarikan oleh tiga hingga lapan orang penari perempuan dan di ketuai oleh penari lelaki.

10. Tarian Monigol-Samundai

Tarian suku kaum Momogun Rungus ditarikan oleh seorang lelaki dan beberapa orang perempuan. Tarian yang dinamakan Sumundai-Mongigol ini diiringi dengan paluan gong. Apabila lelaki dan perempuan sama-sama menari, ia dipanggil "miandak" dalam bahasa Rungus. Tarian Sumundai-Mongigol ini ditarikan apabila tiba Pesta Kaamatan, majlis perkahwinan, kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu yang istimewa.Kadang-kadang semasa tarian ini ditarikan, beberapa orang Rungus akan membawa beberapa gelas arak buatan sendiri seperti "kinomol" yang diperbuat dari beras dan "tinonggilan" yang diperbuat dari jagung untuk para tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan.

Sistem pernafasan manusia.

                     
Sistem pernafasan manusia

Bernafas

Bernafas (breathing) adalah proses dimana udara diambil masuk dan keluar dari tubuh manusia untuk membolehkan pertukaran gas berlaku di dalam paru-paru.

Bernafas melibatkan proses berganti menarik nafas (inhalation) dan menghembus nafas (exhalation) melalui tindakan diafragma dan otot intercostal.

Penyedutan membolehkan udara dari atmosfera akan disedut masuk ke dalam paru-paru, manakala penhembusan nafas membolehkan udara diusir keluar dari paru-paru ke atmosfera.

Proses menarik nafas dan menghembus nafas adalah disebabkan oleh tindakan diafragma dan otot intercostal.
·                     Diafragma adalah lapisan otot di bawah paru-paru. Apabila dalam keadan rehat, ia berbentuk seperti kubah, yang melengkung ke atas.
·                     Diafragma berfungsi untuk perubahan tekanan udara di dalam rongga toraks.
·                     Otot intercostal adalah otot yang berada diantara tulang-tulang rusuk. Ianya terbahagi
·                     kepada dua lapisan, iaitu otot intercostal luar dan otot intercostal dalam.
·                     Otot intercostal berfungsi untuk menggerakkan tulang rusuk.  

Otot-otot intercostal.

Semasa menarik nafas diafragma akan mengecut dan mendatar otot intercostal luar mengecut dan menaikkan tulang rusuk ke atas dan ke hadapan.
Semasa menghembus nafas diafragma dalam keadaan rehat dan melengkung ke atas berbentuk seperti kubah. Otot intercostals dalam akan mengecut akan merendah dan mengembalikan kedudukan tulang rusuk ke kedudukan asal.


 Pernafasan Dada 
adalah pernapasan yang melibatkan otot antartulang rusuk. Mekanismenya dapat dibedakan sebagai berikut.

1. Fase inspirasi. Fase ini berupa berkontraksinya otot antartulang rusuk sehingga rongga dada membesar, akibatnya tekanan dalam rongga dada menjadi lebih kecil daripada tekanan di luar sehingga udara luar yang kaya oksigen masuk. 

2. Fase ekspirasi. Fase ini merupakan fase relaksasi atau kembalinya otot antara tulang rusuk ke posisi semula yang dikuti oleh turunnya tulang rusuk sehingga rongga dada menjadi kecil. Sebagai akibatnya, tekanan di dalam rongga dada menjadi lebih besar daripada tekanan luar, sehingga udara dalam rongga dada yang kaya karbon dioksida keluar. 

b. Pernafasan Perut 
merupakan pernapasan yang mekanismenya melibatkan aktifitas otot-otot diafragma yang membatasi rongga perut dan rongga dada. Mekanisme pernapasan perut dapat dibedakan menjadi dua tahap yakni sebagai berikut. 

1. Fase Inspirasi. Pada fase ini otot diafragma berkontraksi sehingga diafragma mendatar, akibatnya rongga dada membesar dan tekanan menjadi kecil sehingga udara luar masuk. 

2. Fase Ekspirasi. Fase ekspirasi merupakan fase berelaksasinya otot diafragma (kembali ke posisi semula, mengembang) sehingga rongga dada mengecil dan tekanan menjadi lebih besar, akibatnya udara keluar dari paru-paru. 

PERNAFASAN ABDOMEN
Secara biologis manusia adalah mahluk hidup aerob, yaitu mahluk yang memerlukan oksigen untuk sistem metabolismenya. Proses pengambilan oksigen dan pembuangan limbah gas hasil metabolisme berupa karbon dioksida terjadi melalui sistem pernafasan (respirasi), sistem yang berlangsung di luar kendali pikiran sadar (involunteer).
Meskipun aktivitas pernafasan bersifat involunteer, kita dapat mengontrol cara input dan output udara melalui otot sadar yaitu otot diafragma, otot berbentuk lembaran yang berada diantara rongga dada dan rongga perut (Gambar), dengan dua teknik yaitu pernafasan dada (high breathing, chest breathing) dan pernafasan perut (low breathing, abdominal breathing, belly breathing, diaphragmatic breathing).

Dari kedua teknik tersebut pernafasan perut terbukti secara lebih efektif daripada pernafasan dada. Tidak diketahui dengan pasti, penyebab berubahnya teknik pernafasan yang kita lakukan setelah kita dewasa menjadi teknik pernafasan dada, namun ada sebagian ilmuwan yang mempelajari hal ini dan memberikan hipotesa yang berdasar bahwa seiring bertambahnya usia, bertambah pula permasalahan-permasalahan yang kita hadapi, sehingga tertekan mengarahkan kita secara tidak sedar  untuk melakukan pernafasan dada.

Saturday 24 May 2014

SARANGHE


Sebelum aku mengenalnya
Hari ku kosong
Sebelum aku mengenalnya
Hatiku sunyi
    
        Namun setelah aku mengenalinya
Hatiku sentiasa indah
Setelah aku mengenalinya
Hatiku mekarmewangi

Tidurku dibuai mimpi indah
Dia buat fikiranku melayang
Membuatku berada di kayangan
Kayangan yang penuh keindahan
      
        Bila hati ku bicara “saranghe”
        Saranghe! Saranghe! Saranghe!
        Sekeping hati ini hanya untukmu
        Biarpun aku bertepuk sebelah tangan

Senyuman


Pertama kali aku melihatnya
Aku terpanah dengan senyumannya
Entah kenapa hatiku berdebar
Adakah ini yang di namakan cinta?
       
        Aku melihat senyumnya jiwaku tenang
        Melihat senyumnya meniup semangat
        Senyum itu yang buat aku jatuh
Dan senyum itu jua buat aku bangkit

Tanpa aku sedari
Aku telah jatuh cinta
Cinta yang hanya untuknya
Cinta yang kekal bersamaku

        Hati ku telah dipanah cinta
Meskipun aku tahu
Cintaku tak akan terbalas
Biar ku jadikan kenangan terindah

Friday 23 May 2014

BIOGRAFI DATO’ DR. OTHMAN MOHD YATIM




            Dr. Osman Yatim dilahirkan pada 6 Disember 1949 di Kampung Teluk, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Beliau mulai meminati puisi sejak ketika di bangku sekolah lagi. Beliau mula menulis puisi ketika menuntut di unuversiti Malaya. Kebanyakkan karyanya berilhamkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di persekitarannya, terutamanya yang menyentuh hati kecilnya. Puisinya “Suatu Petang di Daerah Ini merupakan puisi yang pertama tersiar Berita Minggu, keluaran 13 Julai 1986.
          Puisi-puisi yang lain pernah tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Utusan Zaman, Mastika dan Al-Islam. Beberapa puisinya dipilih untuk antologi Puisirama Merdeka (PENA, 1986), Koleksi Puisi Penyair Muda Malaysia 1987 dan Antologi Puisi Islam (MUIS, 1988).

          Beliau pernah berkhidmat dengan Muzium Negara sehingga Julai 1993. Semasa di Muzium Negara beliau telah menghasilkan lebih sepuluh buah buku pengetahuan, antaranya ialah Batu Aceh : Early Islamic Gravestones in Penisula Malaysia (1988), Warisan Keseniaan dalam Tamadun Islam (1989) dan Epikgrafi Islam Terawal di Nusantara (1994). Kegiatan berorganisasi beliau pernah menjawat jawatan Ketua Dua, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) Bagi sesi 1987/1988. Kemudian beliau berkhidmat sebagai Prof. Madya di Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Pada tahun 1989 beliau mendapat Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP). Pada tahun 1990 beliau mendapat Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Darjah Ahli Mangku Negara (AMN). Pada tahun 2007 beliau dianugerahkan Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP). Kini beliau berkhidmat sebagai ketua bahagian Sosio-Budaya Melayu di Akedemi Pengajian Melayu di Universiti Malaya.

SEJARAH BATU LUANG


          Peristiwa sedih ini berlaku pada zaman dahulu. Terdapat sepasang pengantin yang baru sahaja melansungkan perkahwinan. Majlis itu berlansung di rumah pengantin perempuan. Setelah beberapa hari di rumah pengantin perempuan maka tiba masanya untuk mereka pulang ke rumah pengantin lelaki (maya wagu) dalam bahasa Dusun Tatana. Mereka diiringi oleh keluarga masing-masing untuk pergi ke rumah pengantin lelaki. Maka  kedua-dua pengantin tersebut pun berangkat di suatu pagi yang indah.
          Setelah beberapa lama perjalanan, mereka semakin menghampiri rumah pengantin lelaki iaitu  berhampiran dengan batu luang. Secara tiba-tiba angin bertiup sangat kencang, awan menjadi gelap dan diikuti dengan hujan yang sangat lebat. Apabila menyedari keadaan tersebut mereka pun mencari tempat berlindung. Mereka ternampak sebuah gua dan berteduh di dalam gua tersebut yang dikenali sebagai Gua Batu Luang.
          Setelah hujan reda kesemua mereka keluar dari gua tersebut namun pengantin perempuan tidak dapat keluar dari gua tersebut. Pengantin perempuan mencuba untuk menghulurkan tangan agar dapat ditarik dan cuba diselamatkan oleh suaminya. Secara tiba-tiba tanah di dalam gua tersebut runtuh. Si suami mencuba untuk menyelamatkan isterinya sedaya upaya akan tetapi isterinya hanya sempat menghulurlan cincin perkahwinan mereka.
          Dengan perasaan sedih dan kecewa si suami meratapi pemergian isterinya dengan cara yang menyayat hati. Dan yang tinggal hanyalah cincin perkahwinan mereka.     


Pembangunan Universiti Malaysia Sabah


Oleh : Masturasiah Binti Katalleh
Pada tahun 1994, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah ditubuhkan secara rasmi. Sejarah penubuhan UMS bermula  pada 31 Januari 1994 apabila YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamad menyuarakan  untuk menubuhkan sebuah universiti di  negeri Sabah dan pada 28 November  1995 upacara perletakan batu asas kampus UMS telah diadakan. Pejabat Pengurusan Universiti telah bermula di Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan September 1994 dan pada bulan November 1994, sebuah pejabat pentadbiran sementara diadakan di bangunan Gaya Centre, Kota Kinabalu. Pengajian akademik telah bermula di kampus sementara di   Kolej Komuniti Yayasan Sabah di Likas pada tahun 1995 dan Kolej Latihan Telekom, Menggatal pada tahun 1996. Kemudian mulai bulan Jun 1999,  UMS telah berpindah ke kampus tetapnya di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu. Pengambilan pelajar printis seramai kira-kira 400 orang  bermula pada bulan Jun 1999 dan pada 19 Mei 2000, UMS telah  beroperasi sepenuhnya di kampus tetap. Pada 19 September 2000  YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad  mengisytiharkan perasmian kampus UMS.  Meskipun usia UMS masih muda,  namun ia merupakan organisasi yang amat tersusun, yang memiliki keyakinan diri yang mantap dan merupakan sebuah universiti yang indah dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mencapai piawaian antarabangsa.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) ialah universiti awam yang  ke-9 ditubuhkan pada tahun 1994. Ia mula mengambil pelajar pada tahun 1995 dimana bilangan kumpulan pelajar pertamanya ialah seramai 205 orang. UMS kini mempunyai dua kampus iaitu Kampus Induk di Teluk Sepanggar dan juga Kampus Cawangan di Wilayah Persekutuan Labuan dan sebuah Sekolah Pertanian Lestari di Sandakan, Sabah. Pada awal penubuhannya UMS hanya mempunyai tiga buah sekolah iaitu Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi dan Sekolah Sains Sosial serta sebuah pusat pengajian liberal iaitu Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa. 
Sehingga kini, UMS telah menubuhkan sepuluh buah lagi sekolah iaitu Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Sekolah Pengajian Seni, Sekolah Perubatan dan Sekolah Pertanian Lestari. Manakala  dua buah sekolah iaitu Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan dan Sekolah Sains Informatik Labuan ditubuhkan di Kampus Antarabangsa Labuan. Bagi menjalankan fungsi kecemerlangan dalam penyelidikan , UMS juga mempunyai tiga buah institut penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Marin Borneo dan Institut Penyelidikan Bioteknologi. 
Universiti ini dibina untuk memenuhi keperluan pembangunan sumber tenaga manusia yang berilmu dan berketerampilan dalam negara yang pesat membangun untuk menjadi sebuah negara industri.  UMS beriltizam untuk berbakti kepada komuniti negara dan antarabangsa melalui pengajaran, penyelidikan dan khidmat bakti yang mencipta keunggulan, kemajuan dan kesejahteraan yang tinggi. Bagi merealisasikan hasrat itu, UMS menawarkan program-program akademiknya berdasarkan tiga komponen asas  kursus iaitu kursus-kursus teras universiti, teras sekolah dan teras program.
Teras Universiti
Kursus teras universiti (TU)ditawarkan melalui Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) dan Pusat Ko-kurikulum dan Pemajuan Pelajar yang menawarkan kursus-kursus ko-kurikulum.  Kursus-kursus yang ditawarkan oleh PPIB akan mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan falsafah perbandingan, kesusasteraan, kesenian, falsafah dan kaedah sains, analisis sosial, sejarah, dasar pembangunan, hal-ehwal sosioekonomi dan perhubungan antarabangsa Malaysia serta pengetahuan komputer.  Selain daripada itu, pelajar juga akan didedahkan kepada pengetahuan akhlak, etika, perbandingan peradaban dunia (Islam Asia dan barat), budaya-budaya utama dunia dan kemahiran berbahasa.  Manakala Pusat Ko-kurikulum dan Pemajuan Pelajar pula menawarkan kursus yang bercorak kemahiran merangkumi komponen kemahiran, keterampilan, kepimpinan dan kemasyarakatan, keusahawanan, waja diri dan Pasukan Pakaian Seragam.
Teras Sekolah & Program
Kursus-kursus teras sekolah (TS) dan program (TP) adalah komponen  utama program pengajian seseorang pelajar yang akan dipelajari secara mendalam dan dianggap sebagai bidang pengkhususannya.
·         Pelajar yang belajar di UMS akan disediakan dengan suasana persekitaran pembelajaran yang sihat. Kolej kediaman yang disediakan adalah bersih dan selesa dengan keadaan persekitaran yang harmoni, sesuai bagi pembelajaran dan aktiviti ko-kurikulum. Kemudahan kediaman diluar kampus terdiri daripada rumah teres dan pangsapuri. Kolej kediaman pelajar di dalam kampus dikenali sebagai 'kampung' AB,CD dan E. Selain itu, terdapat beberapa buah kolej kediaman lain di luar kampus seperti Kolej Kediaman Indah Permai dan Kolej Kediaman Kingfisher. Setiap pangsapuri dan rumah teres tersebut dilengkapi dengan peralatan perabot.
·         Kolej Kediaman
Kediaman
Jumlah
Kemudahan
Kampung AB
1600 pelajar
Kemudahan: Bilik penginapan, Kafetaria, Bilik Perbincangan, Surau Siswa/siswi, dan Bilik Gerakan JAKMAS.
Kampung CD
1400 pelajar
Kemudahan: Bilik penginapan, Kafetaria, Bilik Perbincangan, Surau Siswa/siswi, dan Bilik Gerakan JAKMAS.
Kampung E
2700 pelajar
Kemudahan: Bilik penginapan, Kafetaria, Bilik Perbincangan, Surau Siswa/siswi, Bilik Gerakan JAKMAS, Pasar mini dan Kafe siber.
Kolej Kediaman Kingfisher
800 pelajar
Kemudahan: Bilik penginapan, Kafetaria, Bilik Perbincangan, Surau Siswa/siswi, dan Bilik Gerakan JAKMAS.
Kolej Kediaman Indah Permai
1,400 pelajar
Kemudahan: Bilik penginapan, Kafetaria, Bilik Perbincangan, Surau Siswa/siswi, dan Bilik Gerakan JAKMAS.