1.Tarian Adai-adai
Adai-adai
ialah tarian suku kam Brunei di Sabah. Tarian ini tercipta ketika para nelayan
yang sedan berdayung pulang dari menangkap ikan pada waktu malam agar rasa
mengantuk para nelayan akan hilang. Selain itu, tarian ini menggambarkan
pada kehidupan kaum nelayan yang
mana merupakan kehidupan tradisi masyarakat Brunei. Dalam tarian ini, ia mengisahkan cerita kumpulan nelayan
pergi menangkap ikan di laut manakala kaum wanita menunggu kepulangan mereka di
kawasan pantai untuk membantu hasil tangkapan yang akan diperolehi.
Tarian
Adai-Adai ini pada asalnya merupakan sebuah lagu yang berbentuk pantun dan
dinyayikan beramai-ramai .Kewujudan tarian-tarian ini dicipta melalui adaptasi
lagu-lagu Brunei Asli yang disesuaikan dengan irama dan suasana lagu itu
dinanyikan seperti Lagu 'Adai-Adai'. Lagu ini lazimnya dinanyikan oleh kaum
nelayan ketika hendak pergi atau pulang dari menangkap ikan. Daripada kisah
tersebut diciptalah tarian yang menggambarkan keriangan, kepenatan dan
pekerjaan yang dilakukan iaitu menangkap ikan.
2. Tarian
Daling-daling
Mengikut sejarahnya, tarian
Daling Daling sebenarnya berasal dari Sepanyol. Ia dipercayai
diperkenalkan oleh tentera Sepanyol kepada penduduk Filipina. Akibat
pengaruh yang dibawakan tentera Sepanyol, kini tarian Daling Daling menjadi
tarian bagi kaum Sulu yang tinggal di Tawau.
Alat muzik yang digunakan ialah
'gabbang' dan dua bilah kayu yang disebut 'bolak-bolak'. Daling Daling
ditarikan secara berpasangan, masing-masing tiga penari lelaki dan
wanita. Ia dipersembahkan di majlis pertunangan, perkahwinan, berkhatan,
berkhatam Quran atau majlis Hari Raya. Penari wanita memakai 'destar'
yang disebut 'pies'.
Manakala, jari mereka pula dihias dengan kuku palsu
yang diperbuat daripada logam perak atau suasa, kuku itu dinamakan
'janggal'.
Tarian Daling Daling biasanya dipersembahkan dengan
iringan pukulan 'gabbang' dan gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang
panjang dan bengkok ke belakang disematkan di sepuluh jari penari
wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakan kaki penarinya
memperlihatkan keunikan tarian ini.
Ada sesetengah yang berpendapat
bahawa tarian ini adalah tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna,
sebaliknya ia dibawa oleh orang-orang Sulu dari kepulauan Mindanao selepas
mendapat pengaruh tentera Sepanyol.Pertumbuhan dan percampuran antara
masyarakat Bajau dan Sulu mengakibatkan begitu kuatnya pengaruh tarian
ini.Sementara itu, dipercayai juga perkataan Daling Daling adalah berasal
daripada perkataan Inggeris 'darling' yang bererti kekasih. Tarian ini
adalah tarian hiburan yang unik di majlis khusus dan istimewa di mana penari
lelaki dan perempuan akan berbalas pantun sambil menari.Dan etnik
ini turut terkenal dengan tarian daling-daling bermaksud sayang yang turut
dikenali sebagai satu tarian usik mengusik di antara teruna dan gadis. Pakaian
tradisi etnik ini agak unik dan mempunyai reka bentuk tersendiri. Terdapat
pelbagai jenis pakaian tradisi etnik ini antaranya seperti bajju samda, bajju
sablai, bajju siggpit, bajju kammisun dan sebagainya.Sementara seluar kuput,
hanya dipakai oleh keturunan Sultan atau Panglima sahaja. Ukurannya agak sempit
di bahagian betis dan berwarna putih atau kuning keemasan. Kain merah pula
digunakan sebagai tali pinggang yang dinamakan kandit. Warna hijau juga
kadangkala menjadi pilihan. Mereka juga memakai tanjak yang dikenali sebagai
pis. Tingkat tanjak ini biasanya mengikut keturunan dan kedudukan seseorang
itu.Bagi kaum wanita pula mereka menggunakan pakaian berbeza sama ada untuk
bersiar-siar atau menghadiri sesuatu pesta atau majlis keramaian. Untuk
bersiar-siar atau di rumah, mereka mengenakan baju yang terdiri daripada
kamissun, samda, dan sablai. Semasa menghadiri pesta atau majlis rasmi wanita
etnik ini memakai baju sigpit atau baju ala kebaya asli dengan kain batik lepas.
Di bahagian kepala mereka biasanya mengenakan atau meletakkan mahakutta. Mereka
juga mengenakan sanggul yang dihiasi dengan sisir bersalut emas yang dinamakan
sudlai bulawan. Wanita Suluk keturunan bangsawan pula selalunya mempunyai
mahakutta yang bertatahkan berlian atau mutiara asli. Bagi seorang gadis atau
penari mangiluk atau daling-daling atau seorang pengantin selalu memakai kuku
palsu yang panjang berwarna keemasan yang dinamakan janggai.
3. Tarian Limbai
Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat
suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki
yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin
sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di
hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput
pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.
Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke
rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang
mengundang dan mengucapkan selamat datang.
4. Tarian Sumazau
Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat
Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Tarian Sumazau
merupakan sejenis tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya
memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap
kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga
untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama
tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan
wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan
langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama
lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti
burung terbang. Biasanya tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut pesta
Kaamatan (hari keramaian) dan semasa majlis jamuan.
5. Tarian Lansaran
Suku kaum Murut
merupakan suku kaum bumiputera yang kecil bilangannya di Sabah. Kaum ini
tinggal di kawasan pedalaman iaitu di Keningau, Nabawan, Sepulot dan Tenom. Perkataan lansaran berasal daripada perkataan lumasar yang bermaksud melambung atau
berayun-ayun. Hal ini sesuai dengan situasi tarian itu yang ditarikan di satu
tempat khas dengan berayun-ayun dan melambung-lambungkan diri. Pada masa dahulu
tarian ini berkait
rapat dengan pemujaan roh atau semangat tengkorak, khususnya pemujaan semangat
kepala manusia yang diperoleh semasa ngayau. Kini tarian ini ditarikan sebagai bersuaka ria sempena
keramaian seperti perkahwinan dan perpindahan ke rumah panjang yang baharu.
6. Tarian
Mongunatip
Tarian Magunatip adalah sejenis tarian tradisi masyarakat
beberapa suku kaum Murut di pedalaman Sabah.
Perkataan Magunatip diambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud
menekan antara dua permukaan. Keunikan
tarian magunatip ini bukan saja bagaimana cara ia di tarikan namun kekuatan dan
ketangkasaan perlu ada di samping pakaian tarian ini mengambarkan pahlawan
murut satu ketika dulu. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan
muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang
kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian Magunatip bertujuan untuk
memeriahkan sesuatu upacara yand diadakan.
7. Tarian
Sumayau
Tarian ini
merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga dikenali
sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari
Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya
tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian
dan sebagainya.
Persembahan tarian diketuai
oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan dalam
pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari keturunan
Monolian. Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan
besar-besaran dan mengambil masa hingga lima hari lima malam.Tujuannya adalah
untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian besar) untuk
menghormati atau memuja gusi-gusi itu, Di samping itu upacara sedemikian juga
adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu seperti
kenduri arwah yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam. Sebaik sahaja muzik dimainkan
penari-penari mulalah menari dan terus menuju ke ruang atau gelanggang tari.
Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki adalah
perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsut-insut
yang amat perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat
tepukan atau rangsangan daripada para penonton.
8. Tarian Sazau Papar
Sazau Papar merupakan tarian bagi suku kaum Kadazan
Dusun yang menetap di Daerah Papar. Pada peringkat awalnya, fungsi tarian ini
adalah sebagai upacara "Madsuwau" iaitu bertujuan untuk pemujaan
terhadap "Dapu" atau tajau yang dipercayai mempunyai semangat yang
harus dipelihara, disembah atau diberikan makan supaya semangat berkenaan tidak
akan mengganggu dan marah terhadap orang yang menyimpannya. Kelalaian si
pemilik Dapu untuk melaksanakan upacara ini akan mengakibatkan si pemilik jatuh
sakit dan hanya boleh disembuhkan dengan mengadakan upacara Madsuwau.
Mongigol merupakan tarian
suku kaum KadazanDusun. Tarian Mongigol dipersembahkan sekaligus semasa
perayaan dan upacara semangat. Tarian ini ditarikan oleh tiga hingga lapan
orang penari perempuan dan di ketuai oleh penari lelaki.
10.
Tarian Monigol-Samundai
Tarian suku kaum Momogun Rungus ditarikan oleh
seorang lelaki dan beberapa orang perempuan. Tarian yang dinamakan
Sumundai-Mongigol ini diiringi dengan paluan gong. Apabila lelaki dan perempuan
sama-sama menari, ia dipanggil "miandak" dalam bahasa Rungus. Tarian
Sumundai-Mongigol ini ditarikan apabila tiba Pesta Kaamatan, majlis perkahwinan,
kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu yang istimewa.Kadang-kadang
semasa tarian ini ditarikan, beberapa orang Rungus akan membawa beberapa gelas
arak buatan sendiri seperti "kinomol" yang diperbuat dari beras dan
"tinonggilan" yang diperbuat dari jagung untuk para tetamu yang hadir
dalam majlis berkenaan.
boleh tolong bagi info tentang tarian nona man sayau dari suku kaum kokos?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteboleh tolong bagi info tentang tarian nona man sayau dari suku kaum kokos?
ReplyDelete