Peristiwa
sedih ini berlaku pada zaman dahulu. Terdapat sepasang pengantin yang baru
sahaja melansungkan perkahwinan. Majlis itu berlansung di rumah pengantin
perempuan. Setelah beberapa hari di rumah pengantin perempuan maka tiba masanya
untuk mereka pulang ke rumah pengantin lelaki (maya wagu) dalam bahasa Dusun
Tatana. Mereka diiringi oleh keluarga masing-masing untuk pergi ke rumah
pengantin lelaki. Maka kedua-dua
pengantin tersebut pun berangkat di suatu pagi yang indah.
Setelah
beberapa lama perjalanan, mereka semakin menghampiri rumah pengantin lelaki
iaitu berhampiran dengan batu luang. Secara
tiba-tiba angin bertiup sangat kencang, awan menjadi gelap dan diikuti dengan
hujan yang sangat lebat. Apabila menyedari keadaan tersebut mereka pun mencari
tempat berlindung. Mereka ternampak sebuah gua dan berteduh di dalam gua
tersebut yang dikenali sebagai Gua Batu Luang.
Setelah
hujan reda kesemua mereka keluar dari gua tersebut namun pengantin perempuan
tidak dapat keluar dari gua tersebut. Pengantin perempuan mencuba untuk
menghulurkan tangan agar dapat ditarik dan cuba diselamatkan oleh suaminya.
Secara tiba-tiba tanah di dalam gua tersebut runtuh. Si suami mencuba untuk
menyelamatkan isterinya sedaya upaya akan tetapi isterinya hanya sempat
menghulurlan cincin perkahwinan mereka.
Dengan
perasaan sedih dan kecewa si suami meratapi pemergian isterinya dengan cara
yang menyayat hati. Dan yang tinggal hanyalah cincin perkahwinan mereka.
No comments:
Post a Comment